SCRIPT DRAMA:
NEKAD
Prepared by:
MC243S2A
SITI NUR BAKYAAH BINTI JURAIMI (2018225976)
NUR FARAH DIYANAH BINTI MD DALI (2018423672)


Drama Raya ;

Tajuk
:
Nekad
Tulisan
:
Siti Bakyaah, JB Johor
Penerbit
;
Nana Dali

Pelakon
:
Mak Piah
-    67 Tahun
-    Seorang ibu tunggal
-    Kehilangan suami dalam kemalangan jalan raya
-    Peramah


Roslan
-    42 tahun
-    Anak Sulung
-    Tegas
-    Kuat bekerja
-    Sudah berkahwin mempunyai 2 orang anak


Azlan
-    35 tahun
-    Anak Kedua
-    Bekerja sebagai jurutera di bawah syarikat cari gali @Petronas
-      Masih bujang


Mazlan
-    28 tahun
-    Anak ketiga
-    Peniaga online dan ikon media sosial ‘Mazzie Jazzy’
-    Sudah bertunang.


Iman
-    25 tahun
-    Anak keempat.
-    Seorang pelajar Master dalam bidang kejuruteraan di Brunei
-    Tidak dapat pulang kampung kerana tidak mampu membeli tiket penerbangan ke Malaysia.


Fadlan
-    24 tahun
-    Anak bongsu
-    Tidak dapat sambung belajar
-    Masih mencari pekerjaan/ mencuba nasib di Ibu Kota.
-    Malu untuk pulang kerana merasa diri tidak setaraf dengan adik- beradik yang lain.


EPISOD 1
INTRO:
FADE IN:   
*Mak Piah menelefon seseorang*
FADE OUT:

MAK PIAH
Hello?
TELEFON:
Nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi. Sila tinggalkan..
*Beep*
*Mak piah cuba menelefon anak keduanya.
*Mak Piah cuba menelefon kesemua anaknya namun tidak seorang pun mengangkat pangilannyaa.
*Mak Piah mimik muka sedih menahan air mata.
(kedapur memasak juadah berbuka puasa seorang)
 ***Azan magrib berkumandang
Mak Piah berbuka puasa dimeja makan yang besar berseorangan.

Fade out***
Fade in Roslan di ruang tamu isterinya membincangkan tentang persiapan raya
ISTERI:
Abanggggggg, tahun ni kita tukar perabot baru ya? bolehhh laaaa..
ROSLAN:
Ayang, kita banyak lagi perabot yang elok-elok.
*Isteri mimic muka merajuk.
ISTERI:
Tapi abangggg jiran kita tu hari-hari ada je barang baru masuk rumah dia, ayang nak jugak macam tu...boleh la abang dua tiga perabot jeeee..boleh laaa . Pleaseeeee?

ROSLAN:
Iyelah tapi sanggup abang takde dekat rumah sebab nak cari duit lebih untuk perabut yang ayang nak tu..?
ISTERI :
boleh je abang asal abang tak pasang bini lagi satu.. saaaaayanggg abang
*Memeluk manja suaminya
**Seorang budak perempuan dan lelaki datang ke pangkuan Roslan
ISTERI:
Eh.. Anak mommy dah balik dah.. Kenapa muka sedih sedih ni..
Budak Lelaki (Affan):
Tadi ada orang kutuk beg Farah buruk dan ketinggalan zaman.
Budak Perempuan (Farah):
Papa.. Farah nak beg baru…
ISTERI:
Siapa yang cakap macam tu? Beg ni cantik laa !! Mahal tau.. Bukan senang nak dapat kat Malaysia ni! Tak perlu nak beli baru- baru.
FARAH :
Kalau tak beli baru, farah tak nak datang sekolah!!!
*Menangis teresak- esak
ROSLAN:
Shh shh.. Dah tak mau nangis- nangis lagi.. Yelaa.. Nanti papa belikan..
* MONOLOG * memang kene kerja OT dengan buat grab la ni.
*FADE OUT*
                                                                   .

*FADE IN*
Azlan menerima arahan dari walkie talkie dalam pakaian kerjanya di planta minyak.
Walkie talkie (SOUND):
Azlan, masuk office saya sekarang. We need to talk.
***mimic muka takut
***berjalan ke pejabat majikannya

AZLAN:
Ye, boss. Boss panggil saya kenape ye?
BOSS:
Saya ada berita gembira dan berita sedih untuk awak. Nah, baca surat ni.
*Azlan membuka surat dan membaca
- From your loyalty toward our company you’ve been promoted to head engineer
With the raise of salary and bonus for 3 months in advance.
Azlan:
Ya allah, alhamdulillah. Boss betul ke ni? Rasa macam mimpi je.
Boss:
Tahniah Azlan. You deserve it.
***Azlan berbuka puasa di ruang makan bersama rakan sekerjanya.

Kembali ke kabinnya…
*Mengambil telefon dan bergerak ke Kawasan pelantar yang paling tinggi
**Menelefon Mak Piah
AZLAN:
Helo assalamualaikum Mak, azlan ni.
MAK PIAH:
Waalaikumsalam Lan. Ya nak Kenapa telefon mak ni?
AZLAN:
Mak! azlan ada berita baik untuk mak.
MAK PIAH :
Berita apa itu Azlan?
AZLAN:
Mak azlan dah dinaikkan pangkat.
MAK PIAH:
Alhamdulillah tahniah Lan.
AZLAN:
Tapi mak...
MAK PIAH:
Tapi apanya Nak??
AZLAN:
Azlan tak dapat nak balik raya tahun ni... yalah baru dinaikkan pangkat kan?
MAK PIAH:
Tapi Lan dah lima tahun kau tidak balik beraya bersama mak.
AZLAN:  
Maafkan Azlan ya mak... Nanti azlan hantarkan duit untuk mak ya jangan risau nanti bila dah dapat gaji, Azlan bagikan duit sekali untuk Iman di Brunei ya..
MAK PIAH:
Haih... Kalau macam ni lah jadinya bila mak Matilah baru kamu semua nak balik ye.
AZLAN:  
Kenapa Mak? adik-beradik yang lain tak balik juga ke tahun ni?
hmmmh...
MAK PIAH:
Mereka tu telefon mak pun tidak apatah lagi nak pulang untuk beraya. Yang sorang tu manjakan isteri yang lagi satu malu dengan keluarga.. adik kamu Iman tu pula tak ada duit nak balik.. ni yang yang si bongsu ni entah kenapa selalu bagi alasan bila nak balik.
AZLAN :
Maaflah mak azlan nak sangat balik kampung tapi perkerjaan ni menghalang azlan untuk pulang.. Maafkan azlan ya mak..
MAK PIAH :
Sudahlah mak dah penat dengan semua alasan yang kamu adik-beradik bagi. Rasanya kamu semua memang nak tunggu mak mati baru nak pulang ke rumah ini.
AZLAN :  
Mak janganlah cakap macam tu... Nanti lepas raya Azlan akan cuba cari cuti balik kampung ya.. Maaflah mak Azlan busy ni.. Nanti azlan telefon balik ya.. Assalamualaikum Mak.
MAK PIAH:
Waalaikumussalam.
                                                                  .

*Mak piah mematikan telefon dan mengeluh
MAK PIAH:
Haihhh… Sorang lagi…
Anak buah Mak Piah (AINA):
Mak Piah… kenapa mengeluh ni?
MAK PIAH:
Kamu tengoklah sepupu- sepupu kamu ni Aina.. Sorang Sorang bagi alasan tak balik. Ada juga yang tak telefon langsung…
AINA:
Mak Piah.. Mungkin dia orang sibuk tu… Zaman sekarang ni…  Duit segalanya… Nanti yang untungnya Mak Piah juga… Mana tau dapat naik haji…
MAK PIAH:
Mak Piah tak nak duit. Cukuplah dengan anak- anak Mak Piah balik rumah jenguk Mak piah. Mak Piah dah cukup gembira dah… Haih..
AINA:
Jadi Mak Piah nak buat apa sekarang ni ?
MAK PIAH :
Tak pe. Mak Piah ada satu rancangan macam mana nak buat mereka tu balik. Begini caranya..
*Mak Piah menerangkan rancangannya kepada Aina.
*Aina berkerut.
AINA:
Mak Piah! Betul ke Mak Piah nak buat macam ni? Tak bahaya ke?
MAK PIAH:
Jangan risau Mak Piah tau lah nak buat macam mana. Aina kau bagitau semua sedara mara kita.. Cakap dengan mereka Mak Piah ada berita tergempar nak bagitau mereka.
*Aina mengeluh, menggelengkan kepala
AINA:
Baiklah Mak Piah.


EPISOD 2
INTRO: Opening drama
FADE IN:
*Sedutan minggu lepas*
FADE OUT
*Ig live
MAZLAN:
Hello hello hello guys!! Mazzie Jazzy disini lagi!! Okay hari ni kita akan buat live review bagi satu produk ni.. Tapi sebelum kita buat review ni I ada satu guest kat sini which is my fiancée Lilly!
LILLY:
Hi korang! Lilly here’s!!
MAZLAN:
Jadi Lilly, I sekarang ni ada satu produk yang sangat cantik seperti U tau ! Iaitu timun essence dari letscantik
Ha ni kami ada diskaunt sempena hari ibu yang nk bagi kat ibu tersayang tu boleh la beli diskaunt sampai esok je tauuuu.
*End Ig Live
Uploading instastory gambar mazlan dengan makpiah with caption happy mother’s days my love.
DM’s Mazlan
A: sweetnya awak dengan mak awak untungnya
B: Wah untungnya ibu kamu dapat anak sweet mcm jazzy
C: sweetnya
D: Happy Mother’s Day to jazzy moms too

*screen handphone* Incoming Call from MAK
Mazlan : decline
*screen handphone* Incoming Call from MAK


Mazlan tidak mengangkat pangilan Mak Piah
OPERATOR :
Maaf, nombor yang anda dail………
MAK PIAH :
Baguslah, sedara mara kau cakap kau dekat Instagram  bukan main post macam-macam hari-hari sampai dekat mak sendiri call pun tak angkat. Kuat betul kau punya wayang kat Instagram tu ye.
Ligatnya pos pasal hari ibu padahal khabar aku seminggu sekali pun dia tak nak tau. Teknologi ada macam-macam tapi kalau dah takda kehendak macam ni ah.
**Mak Piah kedapur memasak untuk berbuka puasa
***Mak Piah keluar untuk bertarawih
MAK CIK NON :
Piah, ape kabor? Lama tak Nampak.
MAK PIAH :
Macam nil ah non tunggu hari agaknya. Sunyi betul.
CIK NON :
Piah jangan la macam tu, anak-anak kau takbalik ke ?
MAK PIAH :
Tak tau lah non
MAK PIAH :
Ha takpe lah non. Aku balik dulu rumah tu takde sapa jengahkan. Assalammualaikum.
MAK NON :
Wa’salam.
** Selepas Mak Piah pulang ke rumah.
MAK NON :
Haih anak-anak bergaji besar pun lupa mak macam tu sekali. Astagfirullahalazim.


*** Fade In
Iman berbuka puasa bersam rakan sekelasnya
Kembali ke asrama
***Membuat panggilan video di whatsapp
IMAN :
Assalamualaikum mak
MAK PIAH :
wa’salam iman. Alahai anak mak dekat negeri orang kurus sanggat ni.
IMAN :
Macam, ni lah mak. Iman kene berjimat.Kita pun bukan orang senang.
MAK PIAH :
Abang – abang kau adalah hantar duit sikit mak bank in dekat kau ye?
IMAN :
Eh, mak takpayahlah. Itu duit mak. Iman ok dekat sini Cuma kene berjimat lah. Duit biasiswa tu cukup-cukup je.
MAK PIAH :
Abang- Abang kau tak contact kau ke?
Iman:
takde mak
MAK PIAH :
dalam banyak-banyak anak mak kau je ingat nak telefon mak ni.
IMAN :
Eh mak jangan cakap macam tu. Diorang mungkin sibuk tu.
MAK PIAH :
Iyelah sibuk sanggat mengalahkan perdana Menteri.
IMAN :
Ok mak. Iman nak sambung study. Final dah dekat-dekat ni. Man mintak maaf sanggat-sanggat takdapat sambut raya tahun ni dengan mak. Duit Iman cukup-cukup je ni dan Iman taknak lah susahkan mak.
MAK PIAH :
Takpe man, mak redho Iman menimba ilmu dekat negara orang. Belajar elok-elok ya man.
IMAN :
ye mak. Assalamulaikum
MAK PIAH :
Wa’salam

*** Fade Out
Mak Piah (monolog):
Takboleh jadi ni. Puasa terakhir je memang aku kene jalankan rancangan ni. Aku NEKAD ! Lantaklah apa nak jadi aku nak semua anak aku balik jugak tahun ini !




EPISOD 3
INTRO: Opening drama
FADE IN:
*Sedutan minggu lepas*
FADE OUT
FADE IN
*** 4 TAHUN LALU
Fadlan menarik bagasi
Fadlan :
Mak…
Menyalam tangan Mak Piah
Mak Piah :
Kau dah fikir ke masak- masak nak tinggalkan kampung ni?
Fadlan :
Ye mak. Fad malu mak. Abang semua Berjaya,ada gaji besar, kereta besar. Lagipun dekat kampung ni takda kerja la mak. Yang ada tu hah berkebun ,jaga lembulah
Manalah sesuai. Fad ada diploma mak rugi tak diguna.
Mak Piah :
Ye lah. Hati-hati dekat kl tu. Jangan lupa call mak,jangan lupa solat.
FADE OUT

Mak Piah :
Haih, dah lebih tiga tahun si fad tak balik sekali pun. Agaknya macamanana lah anak aku tu dekat kl

FADE IN
Fadlan Membersihkan kaki jalan
Akim :
Fad sebelah jalan sana belum sapu lagi tu

Fadlan :
Ye ye kejap lagi aku buat.

INCOMING CALL
*MAK
Akim : wei mak kau call tu taknak jawab ke?
Fadlan : Biarkan jelah. Aku malu la. Taktau nak simpan muka kat mana.
Ada education pun takdapat kerja.
Mula- mula gulung ijazah sekarang pegang penyapu.
Tapi aku lebih okay dari kerja aku dulu
Tuhan je tau. Aku dah cuci tangan dah.

FADE IN
Flashback
*** 3 TAHUN LALU
H CLUB (suasana riuh, bising dan dekelilingi dengan alcohol dan asap rokok)

KAWAN A:
Weyh kau bawak barang tak?
FADLAN:
Macam biasa.. Baru baru masuk..
Kau nak tak ? Ramai yang nak ni.
KAWAN A :
Macam tak kenal aku pulak… Macam biasa masuk dalam buku nanti aku bayar…
FADLAN:
C*b*I punya member.. Nasib member kalau tak…
**Fadlan memberikan sebungkus serbuk putih kepada kawan A.
***Fadlan turut memberikan  serbuk putih kepada pengunjung kelab di situ sehingga habis.
**** Seorang lelaki bertemu dengan manager di bahagian bar.
*Lagu diberhentikan.

Lelaki A:
Baiklah semua kami ingin membuat pemeriksaan air kenciing sekarang. Lelaki di sebelah kanan saya dan Perempuan di sebelah kiri.
Lelaki B:
Pastikan anda keluarkan kad pengenalan masing – masing.
*Ramai yang cuba larikan diri namun beberapa lelaki dan wanita memakai jaket polis telah menghalang setiap pintu keluar masuk di kelab tersebut.
**Fadlan negative dadah namun turut ditahan reman kerana disyaki mengedarkan dadah.
***Naik turun mahkamah dan didapati tidak bersalah kerana tidak cukup bukti bagi sabit kesalahan.

***Dua tahun kemudian***
*Fadhlan cuba pergi mencari perkerjaan
Temuduga pertama
Manager :
Anda mempunyai kriteria yang bagus dan sesuai untuk bekerja dengan kami.
Fadlan:
Terima kasih Encik.

*Seorang wanita masuk dan berbisik kepada manager tersebut.
*Muka manager bertukar dari gembira ke masam.

Manager :
Tetapi maaf, saya taknak disebabkan awak, reputasi syarikat terjejas dan klien taknak bekerja dengan kita.
Temuduga kedua

*Fadlan memberikan resume.
PENEMU DUGA :
Resume anda lengkap dan kemas. Malah anda juga mempunyai keputusan yang baik ketika belajar.
*Fadlan mula tersenyum
PENEMU DUGA:
Tetapi kami disini tak terima penjenayah. Mungkin awak boleh cari di tempat lain.
Next !
*Fadlan keluar dengan muka yang sedih
End Flashback
AKIM:
Ya aku faham. Memang susah nak cari tempat kerja yang boleh terima kita ni. Tapi kau patut telefon mak kau. Berkat dia penting weyh..
FADLAN:
Nantilah aku fikir fikirkan aku masih tak berani lagi untuk menghadap family aku. Lagipun abang abang aku semuanya berjaya. Aku je yang kat sini menyapu di tepi jalan. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Dahlah cepatlah menyapu ni. Kejap lagi nak kena pergi pasar nak meniaga. Nanti karang si hantu tu naik hantu lagi cepatlah.
AKIM:
Fad.. Fad.. Bilalah kau nak dengar cakap aku ni..

*Mereka pergi ke bazaar



AKIM :
Mari beli Mari beli Mari beli Mari beli.. Kita ada macam-macam air kak.. Air teh ais, air asam, air buah air, apa apa air yang akak nak semuanya ada..
FADLAN:
Even I love you pun ada kak.. kat sini kami semua single single lagi..
*Telefon fadlan berbunyi
BOSS:
Fad, u punya phone lagi tadi bunyi ni..
Cepat angkat..

*Incoming call*
*Mak*
*Fadlan mematikan telefon dan sambung bekerja.


EPISOD 4
INTRO: Opening drama
FADE IN:
*Sedutan minggu lepas*
FADE OUT
*Sedara mara berkumpul di rumah Mak Piah.

MAK NAB :
Hah Piah..Kau dah kenapa nak suruh kita semua ni berkumpul kat sini...
MAK LANG :
Cakap Cepat sikit Piah asal senyap je.. Aku ni belum masak juadah berbuka ni..
AINA :
Sabar ye semua.. Bagi peluang untuk Mak Piah cakap. Kalau semua bising, macam mana Mak Piah nak cakap..
*Semua diam dan senyap
*Mak Piah tengok sekeliling.
MAK PIAH:
Aina, kamu terangkan lah balik apa yang Mak Piah rancang hari tu..
AINA:
Baiklah panjang ceritanya tapi Aina akan pendekkan untuk semua... Mak Piah meninggal!
MAK LANG :
Hey Apa yang kau merepek ni... Orang tua tu ada kat sebelah kau sihat walafiat. Yang kau cakap dia mati apasal.
MAK NAB:
aina kau ceritakan apa yang mak Piah ceritakan hari itu betul-betul.. Ish kamu ni..


AINA :
Sabar sabar sabar semua.. Begini ceritanya... Mak Piah nak kita berlakon yang dia sudah meninggal..
MAK LANG:
Kau dah kenapa Piah dah hidup hidup engkau nak berlakon mati.
Kau jangan main-main soal hidup mati ni..
AINA:
Sabar Mak Lang Aina belum habis cerita lagi.
Semua pun tahu anak-anak mak dah lima tahun tak pulang Raya apatah lagi melawat mak Piah. Jadi Mak Piah nak kita semua berlakon dan cakap dekat anak-anak dia dah meninggal dunia.
Semua tak kesian ke dekat mak Piah... Setiap tahun beraya berseorangan... Ini jelah caranya untuk buatkan anak-anak mak piah pulang..
MAK NAB:
Aku tak setuju hidup dengan mati ni kau tak boleh nak buat main tau.. Kalau kau mati betul-betul macam mana..
MAK PIAH:
Nab engkau tak kesiankan aku ke. Kau tak sayangkan aku ke.. Aku nak anak-anak aku dengan aku sekurang-kurangnya sekali setahun pun tak apa… Aku ni pun dah tua entah sampai bila nak hidup lagi… Cucu cucu Aku pun dah lama aku tak ampak dia orang entah dah besar manalah mereka.. Tolonglah aku ini sajalah satu-satunya permintaan aku…
 *Mak Piah buat muka sedih
MAK NAB:
Haih.. yalah yalah... Aku tolong tapi ni sekali je tau aku tolong kau..
MAK PIAH :
Terima kasih Nab.Terima kasih semua.


*Sehari sebelum Raya
*10 Missed call Mak Lang*
*Whatsapp call
*MAK LANG*
ROSLAN:
Assalamualaikum Mak Lang. Dah kenapa telfon Roslan banyak kali ni..
MAK LANG:
Roslan!! Jawab pun.. Ingatkan dah ingat keluarga dah..
ROSLAN:
Cepat Mak Lang, Roslan sibuk ni..
MAK LANG:
Anak tak guna betul.. Mak meninggal dunia!  Sekarang ni mayat dia masih kat hospital.
ROSLAN :
Allahuakbar !! Mak !! Bila dia masuk hospital? Kenapa Roslan tak tau apa- apa ni ?
MAK LANG :
Itulah ! Sayang anak bini sampai lupa mak sendiri.. Lebih baik kau balik sekarang dengan adik beradik kau... Kau telefon si Azlan tu.. lagi tadi aku call  keluar suara perempuan je..
ROSLAN :
Baiklah Mak Lang nanti Roslan call dia..
ISTERI:
Abang kenapa ni?
ROSLAN:
Kemas beg awak dengan anak- anak.. Kita balik kampung sekarang juga..
ISTERI:
Dah kenapa awak ni? Kata nak bercuti luar negara.. Apa ni !!!


ROSLAN :
Kemas sekarang ! Mak meninggal dunia!!
ISTERI:
Hah?! Okay okay…
*ROSLAN cuba telefon adik- beradiknya.
*Hanya Azlan yang tak dapat dihubungi.

Situasi Mazlan
*IG Story*
*Mazlan menangis
MAZLAN:
Hi guys! Mazzie here.. Mazzie ada berita sedih nak bagitau ni. Tapi selepas Mazzie dapat 5000 view baru Mazzie bagitau ye..
*2nd Ig Story*
MAZLAN:
So korang, Mazzie nak mintak tolong kuasa viral korang untuk cari abang Mazzie.. Namanya Azlan… Dia ni kerja kat Petroleum PETRONAS, so Mazzie harap siapa yang dapat berhubung dengan dia tolong suruh dia call kami adik beradik.. Nanti Mazzie letak gambar dia okay?
*3RD Ig Story*
MAZLAN:
Since Mazzie dah dapat 5000 view.. Mazzie nak bagitau yang mak Mazzie baru je meninggal dunia.. Sebab tu lah kitorg rushing cari Azlan sebab nak balik sama- sama..
The Mazziess Please help me viralkan benda ni supaya kita orang dapat jumpa dia…


*Semua kecuali Iman berkumpul di rumah Azlan dan mereka bergerak ke KLIA untuk mengambil Iman.
*Dalam perjalanan ke kampung.

ISTERI ROSLAN:
Bang, harta mak awak banyak tak? Awak rasa cukup tak untuk beli perabot baru?
ROSLAN:
WOI!! Mak saya baru meninggal, tanam pun belum. Awak dah tanya pasal harta.
ISTERI ROSLAN:
Tanya je..


*Semua sampai  ke perkarangan rumah Mak Piah.
**Mak Piah memasang Pelita.
***Anak- anak terkejut melihat Mak Piah masih hidup.

ROSLAN:
Mak? Mak hidup lagi? Mak Lang cakap Mak dah meninggal.
IMAN:
Mak!!!!!
Iman memeluk Mak Piah
MAZLAN:
Mak kenapa hidup lagi? Malu lah kalau fans Mazlan tau yang mak masih hidup!
AZLAN:
Mak tipu kami ke mak? Mak tau kan, Azlan baru naik pangkat. Mak ni melampau laa..
Fadlan:
Abang! Kenapa macam ni! Apa kata kita semua masuk dalam dulu dan dengar penjelasan mak.
*Semua duduk di ruang tamu.
**Ada Mak Lang, Mak Nab dan Aina sekali.
FADLAN:
Mak, Fad tau yang mak rindukan kami.. Tapi kenapa sampai mak mesti tipu yang mak meninggal?
MAK LANG:
Tahu pun kamu yang mak kamu ni rindu kamu semua. Tapi ada kamu datang, pulang tengok dia tak ada kan..
MAK NAB:
Ada kamu semua naik tahu yang mak kamu ni sakit ke sihat ke makan ke tidak yang kamu fikir keluarga, kerja, duit.
MAK LANG:
Ni bila Mak Lang bagitahu yang mak kamu meninggal dunia baru semua nak balik. Dasar anak yang tak mengenang budi.
MAK PIAH :
Alang dah dahlah tu... Maafkan mak tapi mak terpaksa buat macam ni... Ini jelah satu-satunya cara nak buat kamu semua pulang ke kampung.
ROSLAN :
Tapi mak Kenapa mesti menipu ada je kan cari lain.
MAK PIAH :
Cara apa ! Cuba kamu bagi tahu. Mak telefon kamu pun tak berjawab apatah lagi kamu semua nak pulang kampung. Mak dulu masa bapak kamu meninggal boleh je mak jaga kamu lima beradik.. Tapi sekarang ni kamu semua kena jaga emak seorang ni pun tak boleh. Mak minta kamu semua hanya datang jenguk mak sahaja mak tak minta pun duit ke apa. Sekurang-kurangnya datanglah pulang masa raya walaupun bukan raya pertama pun mak tak kisah asalkan kamu datang. Ni pun nak suruh kamu semua pulang mak kena minta tolong saudara mara untuk menipu. Hancur hati mak bila kamu semua marah marah mak tadi.

AZLAN :
Tapi mak sekarang ni Azlan dah naik pangkat jadi memang tak boleh lah azlan nak selalu pulang. Mak tolonglah faham keadaan Azlan ni.
MAK PIAH :
Apa gunanya pangkat kamu tu bukannya boleh bawa sampai mati. Berkat mak ni yang kamu bawa sampai mati bukan pangkat tu. Kalau tak ada keberkatan Mak ni tak Adanya Kamu boleh Naik pangkat dengan mudah. Adik kamu Iman setiap tahun kata cukup duit tak dapat balik.. Semua ada tolong Adik kamu ni tak ada kan.
MAZLAN:
Mak mak tak sepatutnya menipu.. Sekarang ni macam mana Mazlan nak cakap dengan follower Mazlan yang Mak masih hidup? Malu mazlan macam ni.
MAK PIAH :
Kamu fikir malu kamu je. Malu mak ni tak fikir? Setiap tahun sepupu sepupu kamu balik tapi kamu tak balik.. Malu mak tau..
*Semua terdiam selepas mendengar kata-kata mak Piah.
FADLAN :
Mak Maafkan kami semua mak. Kami tahu apa yang kami semua buat ni salah.
ROSLAN:
Kami sedar dengan kesilapan kami. Kami berjanji setiap tahun kami akan cuba untuk pulang beraya dengan mak ya..
ANAK- ANAK:
Maafkan kami ye mak.
*Mak Piah menangis.
*Anak- anak memeluk Mak Piah.
*Menyambut Raya bersama- sama.
#


For A google Drive version: Link for download